
Sunday, July 24, 2011
NGO berkeras nyatakan Teoh dibunuh
20 Syaaban 1432H. [MOD] -
Selain  keluarga Teoh Beng Hock yang menolak laporan Suruhanjaya Diraja yang  menyiasat kematian pembantu politik itu, sebuah kumpulan sivil dan  beberapa NGO lain juga tidak yakin dengan keputusan laporan yang  memutuskan bahawa Teoh membunuh diri.
Hujah mereka, kematian Teoh adalah satu pembunuhan kerana lelaki itu mati ketika di bawah tahanan SPRM .
"Secara  kategori kami menolak laporan suruhanjaya yang tidak menyakinkan itu  bahawa Teoh membunuh diri. Kami tekankan bahawa puncanya adalah  penyiksaan oleh SPRM sama ada secara mental, fizikal, termasuk juga  ugutan yang menyebabkan kematiannya,” kata kumpulan itu yang menamakan  diri mereka sebagai Pergerakan Rakyat Malaysia untuk Beng Hock dalam  kenyataan bersama dengan beberapa NGO lain.
"SPRM  dan kerajaan mesti memikul tanggungjawab untuk keselamatan dan hak  asasi semua nyawa yang di dalam tahanannya. Apa-apa yang berlaku di  agensi kerajaan sehingga menyebabkan kematian boleh dianggap sebagai  satu pembunuhan atau homisid,” kata mereka.
NGO lain yang terlibat alah Suaram, Youth For Change dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.
Menurut  mereka laporan setebal 124 mukasurat yang didedahkan semalam itu  membuktikan bahawa Teoh belum dibebaskan pada pagi 16 Julai 2009 seperti  yang didakwa oleh SPRM dan masih secara paksa dalam tahanan SPRM.






Harrah's Cherokee Casino - Mapyro
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino - Find your way around 강원도 출장마사지 the casino, find where everything is located with these helpful guides.What is 의왕 출장샵 the area like 라이브스코어 for Harrah's Cherokee Casino?What are the check-in and check-out times at 문경 출장안마 Harrah's Cherokee 충청남도 출장샵 Casino?